Kes Pukul Cina Di Restoran.. Bukan Dia Yang Langgar Perempuan Itu Sampai Mati - Saksi


Semalam kami ada menyiarkan artikel mengenai sebuah video yang menjadi viral di laman sosial di mana seorang lelaki telah dipukul oleh orang ramai di sebuah restoran di Kampung Asam Jawa, Selangor.

Orang ramai menyangka lelaki berkenaan telah melanggar seorang penunggang motosikal namun selepas selang beberapa minit dia dan keluarganya dikatakan telah beredar meninggalkan tempat kejadian ke restoran berhampiran lokasi.

Kerana tidak puas hati orang ramai telah pergi ke restoran tersebut dan memukulnya kerana mereka mendakwa dia tidak bertanggungjawab dengan melarikan diri seperti tidak berlaku apa-apa selepas melanggar seorang penunggang motosikal wanita sehingga menyebabkan wanita tersebut patah tengkuk dan meninggal dunia.

Susulan kes tersebarnya kisah dan video tersebut seorang saksi telah tampil mendedahkan cerita sebenar yang terjadi di lokasi kemalangan.

Cerita saksi ini telah dimuatnaik oleh portal The Hype Media, di mana katanya kejadian tersebut sebenarnya tidak mempunyai kaitan dengan lelaki berkenaan tetapi orang ramai salah faham ingat dia yang melanggar penunggang motosikal berkenaan.

Gambar yang dimuatnaik ke laman sosial

Katanya lagi video yang disebarkan dengan cerita palsu telah membuatkan orang diluar sana salah sangka dan ia memberikan tanggapan yang buruk terhadap lelaki berkenaan.

"Berita itu tidak betul. Cerita sebenarnya, penunggang motosikal itu terbabas sendiri lalu melanggar tembok longkang. Akibat dari kemalangan itu, tengkuk mangsa patah.

"Lelaki Cina itu dalam perjalanan ke restoran yang ingin dikunjungi, namun kebetulan melihat kejadian itu lalu memberhentikan keretanya.

"Dia menjenguk keadaan mangsa yang terjatuh di dalam longkang dan  terus menghubungi talian kecemasan 999.

"Menurut siasatan pihak polis, mangsa dipercayai mengantuk kerana jarak perjalanan yang jauh dari Shah Alam ke Kuala Selangor setelah habis kerja dan menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang.

"Siasatan di tempat kejadian juga menunjukkan bahawa tiada sebarang bukti yang menunjukkan mangsa dilanggar. Sebaliknya motosikal mangsa terlanggar tembok longkang itu sendiri.

"Siasatan juga mendapati, lelaki itu tiada kaitan dengan kemalangan tersebut," katanya.

Menjelaskan gambar-gambar kereta milik lelaki itu yang tersebar kononnya bukti pelanggaran, ini penjelasannya.

"Dalam kejadian awal di hadapan restoran berkenaan, apa yang berlaku ialah beberapa pelanggan Cina yang lain tidak berpuas hati mengapa sekumpulan lelaki Melayu datang mengamuk di restoran terbabit. Sedangkan lelaki Cina yang disyaki menjadi punca kemalangan itu sebenarnya langsung tiada kaitan dengan kemalangan tersebut.

"Disebabkan itu, berlaku pergaduhan di antara mereka. Kereta lelaki itu juga turut dirosakkan oleh sekumpulan lelaki Melayu berkenaan," katanya.

SK juga menerima pengesahan daripada sumber yang boleh dipercayai di mana sumber berkenaan mengesahkan kejadian ini bukan langgar lari seperti yang disebarkan tetapi berpunca daripada salah faham.

Ibu Pejabat Polis Kuala Selangor telah mengesahkan menerima satu laporan mengenai kejadian tersebut oleh seorang pengadu.

Polis ketikan ini masih menjalankan siasatan dan tiada tangkapan dibuat bertujuan untuk meredakan keadaan. Pihak polis masih berusaha mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian pukul ini.

Siasatan terperinci telah dilakukan di mana pihak polis merakam percakapan pengadu dan saksi, selain meneliti rakaman cctv di Restauran Yong Kee Seafood tempat berlaku pergaduhan.

Selain itu menurut sumber berkenaan juga, pihak IPD Kuala Selangor turut berpesan supaya tidak mempercayai cerita khabar angin yang disebarkan sebelum ini yang boleh menimbulkan ketengangan antara kaum sedangkan kejadian hanya berpunca daripada salah faham. - Siakapkeli.my



Video dipercayai berkaitan kejadian di Asam Jawa.
Posted by Kuala Selangor Official on Friday, September 11, 2015
Kes Pukul Cina Di Restoran.. Bukan Dia Yang Langgar Perempuan Itu Sampai Mati - Saksi Kes Pukul Cina Di Restoran.. Bukan Dia Yang Langgar Perempuan Itu Sampai Mati - Saksi Reviewed by Nia Husna Sabri on 1:08:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.