Oiiii!!!... dah berjam aku tunggu nie ... bila boleh jumpa doktor. Ketahuilah kenapa kita kena tunggu berjam-jam di hospital kerajaan.

Kisah dipetik dari fb Doktor Mohd Syamirulah Rahim.






"Encik kemalangan macam mana tadi, ye?"

"Saya memandu, kereta terbabas langgar pokok." Lelaki berusia 30an tersebut tenang dihadapan saya. Berpakaian bersih dan kemas.

"Laju ke, kereta tu? Teruk tak kereta?" tanya saya lagi.

"Taklah, kereta kemik sikit bumper depan sahaja.'

Saya menggaru-garu kepala sambil merenung kepada kad daftar pesakit. Kad berwarna merah, bererti kes trauma dan medikolegal, kebiasaannya didahulukan gilirannya terlebih dahulu berbanding kad kuning. Kerana, well, ianya kes trauma. Kemalangan.

"Jadi...encik sendiri rasa macam mana? Ada pengsan?"

Geleng kepala.

"Ada luka di mana-mana?"

Geleng kepala.

"Boleh berjalan?"

Angguk kepala.

Saya terus menggaru kepala yang tidak gatal. Hiruk pikuk jabatan kecemasan ketika itu sedikit mengganggu. Tiga red case dengan satu sedang diintubasi rakan MO saya. Full yellow bed dengan dua extension bed. Pemandangan biasa suasana jabatan kecemasan pada hari raya kedua.

Hari raya pertama, lengang. Biasalah. Orang sibuk beraya. Yang mana sesak nafas, mahu ditahan dahulu taknak susahkan anak-anak untuk dibawa ke hospital. Daging rendang pulut disulam dengan pil-pil metformin dan atorvastatin. "Sekali sekala je..hari ni kan raya."

Hari kedua, barulah sesak nafas tak tertahan, pening berputar berpinar, muncul di jabatan kecemasan dengan tekanan darah 229/133 dan paras gula 23.4mmol.

"Err...doktor?" Panggil lelaki tersebut memecah kebuntuan saya.

"Eh maaf, maaf." Saya memeriksa lelaki berkenaan. Stetoskop diletakkan di dada, jari jemari menguli perut mengesahkan semuanya normal sahaja.

"Hmmm..saya check semuanya OK sahaja. Tekanan darah pun OK, tak ada masalah apa-apa. Encik betul tak ada sakit di mana-mana?"

"Ye, betul, doktor."

"Habis, encik datang sini untuk....?" akhirnya terpacul soalan yang membuat saya tergaru dari tadi.

"Ooo..saya nak minta MC, doktor. Tiga hari, boleh? Cuti raya dah habis.'

Jawab beliau, jujur.



Saya hanya sekadar mampu tersenyum.

Untuk pengetahuan, pada hari tersebut, ada pesakit lain yang terpaksa menunggu dari jam 4 petang dan hanya dapat dilihat doktor pada jam 12 tengah malam.

Jadi next time anda tertanya-tanya kenapa lambat sangat menunggu giliran di hospital, jawapannya adalah kerana wujudnya segelintir yang seperti lelaki ini.

More importantly, don't be like one.

Emergency Departments are for emergencies. Keep that in mind, please.

Oiiii!!!... dah berjam aku tunggu nie ... bila boleh jumpa doktor. Ketahuilah kenapa kita kena tunggu berjam-jam di hospital kerajaan. Oiiii!!!... dah berjam aku tunggu nie ... bila boleh jumpa doktor. Ketahuilah kenapa kita kena tunggu berjam-jam di hospital kerajaan. Reviewed by Nia Husna Sabri on 11:40:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.