Senyuman Terakhir Ahli Syurga... Syahidnya Beliau Di Masjidil Haram.. Pada Hari Jumaat.. Sama2 Kita sedekahkan Al-Fatihah..

Screen Shot 2015-09-14 at 11.48.32 AM
Kejadian kren jatuh dan menimpa jemaah Haji di Masjidil Haram ternyata menggemparkan seluruh dunia.
Namun, ajal maut itu di tangan Allah SWT. Adik kepada salah seorang mangsa yang terkorban, Siti Nuroshlizan Zolkifli harus redha dengan pemergian kakaknya.

Screen Shot 2015-09-14 at 11.53.21 AM
Lahirmu Jumaat pergimu jua Jumaat…
Zae… aku cuba ganti tempatmu utk jaga eiman dan yg lain dengan kekuatan adik2 yg lain… kini aku yg sulung… 1001 kebetulan terungkai disebalik perbualan dan dlm wasap..
Apa yg pasti percaturan Allah tidak pernah salah dan tidak akn salah… Mung Insan Terpilih.
Aku ingat aku yg pegi dulu sbb aku dah sediakan senarai semak dan listing utk isteriku bersedia jika aku tak de (risiko aku lg tinggi dr segi pandangan mata kasar).. mung juga kata nak buat senarai semak yg sama…
Allahuakbar…
Alfatihah untuk kekanda yg aku panggil Zae
Sumber: Amalludin Zolkifli

Update terkini mangsa

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut mengesahkan selain Allahyarham Rusiah Suar, 56, dari Felda Besout 2, Perak, tiga lagi jemaah haji dari Malaysia disahkan terkorban dalam tragedi itu.
Mereka ialah Siti Nuroshlizan Zulkifli, 37, dari Tanah Merah, Kelantan; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai, Kelantan; dan Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku, Kelantan.
Sumber: Astro Awani
Senyuman Terakhir Ahli Syurga... Syahidnya Beliau Di Masjidil Haram.. Pada Hari Jumaat.. Sama2 Kita sedekahkan Al-Fatihah.. Senyuman Terakhir Ahli Syurga... Syahidnya Beliau Di Masjidil Haram..  Pada Hari Jumaat.. Sama2 Kita sedekahkan Al-Fatihah.. Reviewed by Nia Husna on 2:19:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.