[Terkini] Kren Tumbang Di Panah Kilat Menimpa Jemaah Haji Di Mekah. Ramai Yang Terkorban. Al Fatihah!



Kren yang tumbang lewat petang semalam di kawasan Masjidil Haram, Mekah sehingga menyebabkan puluhan kematian dipercayai telah dipanah petir sebelum itu.

Sekeping gambar yang diambil tepat ketika petir berkenaan menyambar memperlihatkan dengan jelas kejadian itu.

Ada laporan menyebut, panahan petir itu berlaku sehari lebih awal dari kejadian. Ada pula yang mendakwa hanya beberapa detik sebelum kren berkenaan tumbang.

Setakat ini, faktor cuaca buruk termasuk tiupan angin yang kuat turut menjadi punca kren berkenaan tumbang.

Wartawan Bernama yang melaporkan proses Haji tahun ini turut melaporkan bahawa ketika kejadian, hujan turun dengan sangat lebat.

Ketika berita ini ditulis pukul 2.40 pagi, jumlah kematian sudah pun mencecah 87 orang.

Tabung Haji pula mengesahkan seramai 6 jemaah Malaysia turut cedera dalam kejadian berkenaan.


Turut tersebar di Youtube adalah sebuah video yang dikatakan diambil ketika kejadian kren berkenaan tumbang.

Kedengaran para jemaah melaungkan syahdah ketika berlari menyelamatkan diri.

Kesahihan video itu bagaimanapun belum dapat dibuat sepenuhnya.

Selain itu, beberapa video lain turut mula viral memperlihatkan kejadian berkenaan dari sudut-sudut yang lain.-MYNEWSHUB.CC







#سقوط_رافعة_بالحرم .. متابعة رقم "7" الدفاع المدني السعودي يعلن عن ارتفاع حصيلة وفيات سقوط رافعة بناء في الحرم المكي لتبلغ 65 شخصاً، بالإضافة إلى إصابة 154 آخرين .. وذكرت هيئة الدفاع المدني السعودية أن عدد الوفيات ارتفع إلى 65 حالة، بعد إعلانها مقتل 52 وإصابة 30.وقالت الهيئة عبر حسابها الرسمي على موقع "تويتر"، إن فرق من الدفاع المدني والبحث والإنقاذ والهلال الأحمر السعودي، والشؤون الصحية تباشر جهود الإنقاذ في موقع الحادث.
Posted by Shehab News Agency on Friday, September 11, 2015
[Terkini] Kren Tumbang Di Panah Kilat Menimpa Jemaah Haji Di Mekah. Ramai Yang Terkorban. Al Fatihah! [Terkini] Kren Tumbang Di Panah Kilat Menimpa Jemaah Haji Di Mekah. Ramai Yang Terkorban. Al Fatihah! Reviewed by Nia Husna Sabri on 9:06:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.