Wow Tak Terkata!!! Kami Hampir Tak Percaya Sungai Sejernih Ini Ada Di Malaysia!



Orang kita memang suka bercuti sambil menerokai keindahan alam sekitar yang terdapat di dalam Malaysia mahupun luar negara. Buktinya setiap kali ada promosi yang dibuat oleh syarikat penerbangan, tiket habis sekelip mata!
Bukan nak cakap korang je, kami pun sama. Beberapa hari yang lalu kami telah mengikuti beberapa buah page berkaitan tempat-tempat menarik sekitar Malaysia dan hasilnya sungguh memeranjatkan.
Kami ternampak satu post mengenai sebuah sungai yang betul-betul buat hati ini mahu ke sana segera! Namun tempat ini bukan orang sembarangan yang boleh sampai. Hanya yang berhati kental sahaja!

Satu hari pendakian

 

Sungai Bangang ini sememangnya cukup terkenal dalam kalangan pendaki namun tidak ramai yang sampai ke sini memandangkan lokasinya yang sangat jauh dan tinggi.
Menurut mereka yang pernah sampai ke sini, perjalanan sekurang-kurangnya sehari diperlukan dan bergantung juga kepada stamina. Dan perlu bermalam di kawasan Gunung Berembun atau Lata Lansir sebab kebiasaannya sampai sini dah lewat petang, maghrib.
Namun Sungai Bangang merupakan kawasan persinggahan pendaki ketika turun dan pulang dari Lata Lansir. Tapi memang terbaik Sungai Bangang ni, jernih sungguh!

Dekat mana? CBL Terengganu

 

Chemerong, Berembun dan Langsir semestinya nama yang tidak asing lagi dalam kalangan pendaki gunung di Malaysia. Ketiga-tiga nama ini sering digabungkan kepada singkatan CBL yang merangkumi Air Terjun Chemerong, Gunung Berembun dan juga Air Terjun Langsir.
Untuk sampai ke Sungai Bangan ini, pendakian akan bermula di Hutan Lipur Chemerong yang terletak di Hulu Dungun iaitu kira-kira 100 km dari Kuala Terengganu dan 30 km dari Bandar Al-Mukhtafibillah Shah melalui Jalan Jabor – Jerangau.
Kebiasaannya trek CBL akan bermula daripada Hutan Lipur Chemerong dan seterusnya ke Puncak Chemerong, Puncak Berembun dan akhirnya akan bermalam di Puncak Air Terjun Langsir sebelum kembali semula ke lokasi permulaan.

Macam mana nak sampai sini?

  Untuk beginner, korang boleh join mana-mana group hiking di Facebook memandangkan mereka sangat aktif. Tak tahu group mana? Jangan risau sebab kami dah kumpulkan 16 ‘outdoor group’ yang anda boleh sertai untuk pelbagai aktiviti lasak dan ekstrem.


Atau korang boleh ushar foto dekat bawah ni sebab mereka akan ke sana dalam masa terdekat ni. Bila lagi nak merasai pengalaman macam ni kan?


Sumber : Murshid Haji Maktar, Hiking & Camping Around Malaysia , Trekkerz
Wow Tak Terkata!!! Kami Hampir Tak Percaya Sungai Sejernih Ini Ada Di Malaysia! Wow Tak Terkata!!! Kami Hampir Tak Percaya Sungai Sejernih Ini Ada Di Malaysia! Reviewed by Nia Husna Sabri on 10:40:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.