Ini Yang Akan Terjadi Kepada Tubuh Anda, Di Sebabkan Minum Air Kelapa 7 Hari Berturut-turut.


Adakah anda tahu kebaikan khasiat air kelapa kepada kesihatan badan anda? Ramai antara anda yang suka minum air kelapa bukan? Ada banyak kebaikan air kelapa yang bermanfaat kepada kesihatan kita dan disebabkan air kelapa yang sedap diminum, menjadikannya satu minuman berkhasiat yang boleh kita amalkan dengan kerap tanpa perlu dipaksa.

1) Meningkatkan Proses Metabolisme
Air kelapa membantu meningkatkan proses metabolisme dalam tubuh kita. Apa kelebihan penigkatan kadar proses metabolisme dalam badan? Proses Metabolisme memmbantu tubuh kita membakar lemak dengan kadar yang pantas dan seterusnya mencegah peningkatan berat badan berlebihan. Selain itu, ia juga membantu sistem penghadaman dalam badan kita dengan menjadikan proses penghadaman atau pencernaan menjadi lebih lancar.
2) Awet Muda dan Meningkatkan Sistem Imum dalam Badan
Air kelapa membantu melambatkan proses penuaan dengan bertindak sebagai agen anti-penuaan atau juga awet muda. Selain menjadi bahan awet muda, air kelapa juga membantu meningkatkan sistem keimunan dalam badan kita dan meningkatkan sistem pertahanan badan daripada penyakit.
3) Mencantikan Wajah Supaya Kelihatan Sentiasa Berseri-seri
Air kelapa membantu melembabkan kulit muka dan membantu mencegah jerawat dan jeragat di muka kita. Selain itu, air kelapa juga digunakan untuk mengatasi maslaah kulit berminyak atau kering.
4) Hidrat dan Air
Seperti yang kita sedia maklum, tubuh manusia memerlukan kandungan air yang banyak setiap hari dan disarankan untuk meminum sekurang-kurangnya minimum 8-10 gelas sehari. Air kelapa mengandungi majoriti besar kandungan air yang boleh berguna untuk sistem badan kita.
5) Membantu Sistem Pencernaan, Membuang dan Singkirkan Toksin Dalam Badan Kita
Amalan meminum air kelapa membantu melancarkan sistem penghadaman kita. Sekiranya sistem penghadaman tidak lancar akan menyebabkan toksin terkumpul dalam badan dan menyebabkan kita berasa tidak selesa dan kurang cergas dan sihat. Air kelapa juga membantu membersihkan saluran dan pundi kencing secara tidak langsung.Selain itu, air kelapa juga boleh melarutkan dan mencegah pembentukan batu karang dalam badan.

6) Membantu Untuk diet aAtau Menurunkan berat badan
Air kelapa yang kaya dengan vitamin dan nutrien yang bagus serta kandungan lemak, kalori dan gula yang rendah boleh mendatangkan rasa kenyang untuk jangka masa yang lama serta melambatkan rasa lapar datang. Oleh itu, air kelapa juga boleh digunakan untuk diet dan menurunkan berat badan.

7) Mengandungi Banyak Khasiat dan Nutrien Yang Bermanfaat
Air kelapa adalah kaya dengan air, vitamin C, vitamin B, zat besi, kalium, fosforus, kalsium, zink, biotin dan juga kandungan kalori yang dan gula yang sangat rendah selain bebas lemak.
Air kelapa memang sedap untuk diminum serta mempunyai banyak manfaat seperti 7 kebaikan dan khasiat air kelapa diatas. Selain itu, ada banyak lagi kegunaan air kelapa kepada kesihatan kita. Oleh itu, sila lahrajinkan diri anda untuk minum banyak air kelapa selepas ini.

Anda mungkin pernah mendengar tentang minyak kelapa dan beberapa manfaat yang yang terdapatdidalamnya. Namun pernahkah anda minum air kelapa selama 7 hari berturut-turut?
Air kelapa sememangnya sangat baik jika diminum setiap hari, dan kesan dari pengambilan air ini lama-kelamaan dapat dirasai sendiri oleh anda.
Ajaibnya, air kelapa dan plasma darah dalam aliran darah manusia mempunyai struktur yang serupa. Hal ini dibuktikan dengan penggunaan air kelapa sebagai pengganti darah semasa zaman perang di masa suatu ketika dahulu, dan dengan cara ini banyak nyawa manusia dapat diselamatkan.
Hari ini air kelapa telah digunakan di seluruh dunia, dan anda boleh menemuinya di pelbagai tempat di persekitaran kita. Kadangkala rasa airnya tidak lagi segar, tetapi daya detoksifikasi dan manfaat kesihatan lain dari air kelapa sangat tak diragukan lagi.
 
 
Apa yang terjadi apabila anda minum air kelapa dalam 7 Hari?
Dipetik dari laman healthyfoodteam.com, air kelapa boleh menguatkan sistem kekebalan tubuh anda dan menghilangkan bakteria yang menyebabkan jangkitan saluran kencing, gonorea, penyakit gusi dan virus yang menyebabkan selesema, jangkitan pelbagai penyakit dan tifus.
Air kelapa dapat meningkatkan tenaga dan pengeluaran kelenjar hormon tiroid. Air kelapa bertindak sebagai diuretik semulajadi dan sangat membantu bagi orang yang mempunyai penyakit buah pinggang. Ini akan membantu membersihkan saluran kencing dan saluran pundi kencing. Berkhasiat menghilangkan racun dan membantu memecah batu buah pinggang.
Air kelapa mengandungi jumlah serat yang tinggi, sehingga sangat baik untuk pencernaan.
Kerana air kelapa rendah lemak, anda boleh meminumnya dalam jumlah banyak. Air kelapa akan mengurangkan nafsu makan anda kerana selepas meminumnya anda akan merasa kenyang, jadi secara tak langsung membantu penurunan berat badan.
Cuba basahkan kapas atau kain dengan air kelapa dan letakkan pada kulit jika anda mempunyai jerawat, kulit berminyak atau kering. Air kelapa akan membuat kulit lebih bersih dan segar, dan pori-pori akan terbuka.
Campur air kelapa dengan minyak zaitun untuk membersihkan pencernaan dan menghilangkan parasit usus.
Para pengkaji mendakwa bahawa air kelapa juga membantu mengatasi beberapa masalah kesihatan semasa mengandung. Dengan hanya satu cawan air kelapa anda akan menyeimbangkan elektrolit, sehingga anda akan terhindar dari hipertensi atau juga dikenali sebagai tekanan darah tinggi.
Jika anda ingin kulit anda cerah dan dilindungi sepanjang hari, minumlah satu gelas air kelapa. Jika anda kehilangan terlalu banyak tenaga dengan aktiviti fizikal yang meletihkan, anda boleh memulihkan tenaga anda dengan air kelapa. Air kelapa akan memberikan kesan positif pada setiap bahagian tubuh anda yang letih.
Air kelapa juga sebagai anti oksidan sehingga membantu sistem kekebalan tubuh yang kuat, meningkatkan tenaga, menghindari dari bakteria dan jangkitan, penurunan berat badan dan banyak manfaat lain.

Ini Yang Akan Terjadi Kepada Tubuh Anda, Di Sebabkan Minum Air Kelapa 7 Hari Berturut-turut.  Ini Yang Akan Terjadi Kepada Tubuh Anda, Di Sebabkan Minum Air Kelapa 7 Hari Berturut-turut. Reviewed by Nia Husna Sabri on 1:51:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.