[Kasih Seorang Ibunda] Pengorbanan Sultanah Johor Sebagai Ibu, Sentiasa Disisi Tunku Jalil Sepanjang Rawatan Kanser.




Tunku Laksamana Johor, Tunku Jalil mengagumi sifat bondanya Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia yang begitu penyayang dan memahami derita penyakit yang dialami olehnya.

Malah, bondanya selalu menemani diri beliau ketika melakukan sesi kimoterapi di awal tahun lalu dan tidak akan membenarkan dirinya melakukan seorang diri tanpa perhatian daripada bondanya.

Kadang-kadang saya sendiri rasa bersalah melihat bonda saya yang tidak jemu-jemu menemani saya untuk jalani sesi kimoterapi. Setiap sesi itu saya perlukan kira-kira dalam masa 6 jam untuk menjalani rawatan.

Ketika waktu itu juga, bonda saya tidur dengan kepalanya hanya beralaskan selendang yang dipakai tanpa sebarang bantal di atas sofa.


Bonda akan menunggu saya sehingga sedar, itu antara pengorbanan yang saya amat kagumi dan terharu dengan apa jua yang dilakukan oleh bonda serta ahli keluarga yang lain, kata Tunku Jalil kepada portal Murai.com.my

Dalam pada itu, Tunku Jalil turut memberi nasihat kepada semua, sekiranya diri seseorang itu mengalami sakit-sakit badan di bahagian tertentu.

Segeralah berjumpa dengan doktor dan jaga biarkan ia mudarat sehingga ke tahap yang membimbangkan. Jangan pandang ringan dengan apa jua penyakit yang dihadapi dalam diri sendiri.

Saya antara golongan penghidap kanser yang lambat berjumpa dengan doktor. Ketika saya berasa tidak sedap badan, saya hanya berdiam diri serta tidak memberitahu orang lain termasuk ahli keluarga.

Sehingga sampai satu tahap, saya tidak mampu menahan sakitnya itu, baru saya membuat keputusan untuk berjumpa dengan doktor. Apabila saya disahkan menghidapi kanser, saya redha dan ia adalah ujian daripada Allah , katanya dengan nada yang perlahan.


airmata Raja Zarith Sofia,punyai maksud tersirat disebaliknya

Menyentuh mengenai Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, beliau akan terus giat membantu dan menghulurkan bantuan kepada pesakit kanser yang memerlukan. Selain bantuan kewangan, sokongan moral amat perlu diberikan kepada pesakit agar mereka tidak putus harapan dan semangat.

Saya kadang-kadang gemar buat lawatan mengejut kepada pesakit kanser terutama di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru. Apa yang saya cuba lakukan ialah teruskan memberi semangat dan memberikan kata-kata positif kepada mereka.

Saya juga sedia mendengar dengan apa jua masalah yang dihadapi oleh mereka. Dalam waktu yang sama, saya cuba tunaikan keinginan mereka agar beban yang dihadapi dapat diringankan, ujarnya.
Selain itu, Tunku Jalil juga akan muncul secara eksklusif di progam bual bicara bersama Prof Dr Muhaya Mohammad yang akan membincangkan isu penyakit dan pesakit.



Program Dr Muhaya dot com telah mula bersiaran pada Jun lalu oleh Penerbit Program, Syafinah Othman dan Penerbit Eksekutif Tuan Nora Tuan Mohammad.

Temubual eksklusif itu akan disiarkan di saluran TV AL Hijrah pada 7 Oktober ini, jam 11.30 pagi dan siaran ulangannya pada hari Sabtu jam 5 petang.
[Kasih Seorang Ibunda] Pengorbanan Sultanah Johor Sebagai Ibu, Sentiasa Disisi Tunku Jalil Sepanjang Rawatan Kanser. [Kasih Seorang Ibunda] Pengorbanan Sultanah Johor Sebagai Ibu, Sentiasa Disisi Tunku Jalil Sepanjang Rawatan Kanser. Reviewed by Nia Husna Sabri on 2:07:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.