Dia Yang Harus Minta Maaf : Nur Fazura


Ya, betul tekaan anda. Kisah mengenai Fazura dan juga KimK masih lagi belum tamat dan melalui portal The Malay Mail Online, Fazura tetap mempertahankan tindakan menegur seorang peminatnya di Instagram kerana menggunakan perkataan tersebut sebelum ini.




Kalau benar dia memuji rakan saya itu persis Kim Kardashian, itu antara dia dengan Tuhan. Tapi jika niatnya cuba mempersenda, dialah yang harus memohon maaf pada rakan saya itu kerana ia dibuat di media sosial”
“Rakan saya pun ada perasaan. Tidak semua orang tahu cerita sebenar,” katanya yang menyatakan bahawa perkara tersebut sudah banyak kali berulang namun sebelum ini, dia masih lagi berfikiran positif.
Sementara itu, Fazura juga enggan mengulas lanjut mengenai laporan polis yang dibuat sama ada ia berkaitan dengan kes buli siber atau pun tidak. Tambah pelakon dan penyanyi ini, peguam menasihatkan dirinya agar tidak mengulas perkara itu tersebut.
Dia Yang Harus Minta Maaf : Nur Fazura Dia Yang Harus Minta Maaf : Nur Fazura Reviewed by Liya Sofea Razali on 10:54:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.