INI RESPON FASHA SANDHA ISU DIKATAKAN RUMAH TANGGA KINI BERMASALAH?




Angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba heboh mengenai rumah tangga Fasha Sandha dan Jejai goyah? Fasha turut dikatakan telah pergi pejabat agama baru-baru ini.
Pelakon itu bagaimanapun menjelaskan dia belum bersedia untuk memberikan sebarang keterangan kepada media berkenaan apa yang dilaluinya kini. Bercakap kepada Metro, Fasha berkata:
“Maaf, saya belum bersedia memberikan apa-apa komen. Terima kasih,” katanya.
Dua hari lalu, Fasha turut memuat naik status berbunyi, “Allah Maha Besar, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, semoga Allah memberikan kekuatan yang sepenuhnya buat saya dan anak-anak untuk mengharungi segala-galanya. Amin!” di Instagram, sekali gus menguatkan spekulasi bahawa perkahwinannya kini mengalami masalah.
Ada juga sebuah akaun Instagram IG, telah mengaitkan keretakan rumah tangga Fasha dengan pelakon Nora Danish.
Menurut pemilik IG tersebut, seorang followers sempat melakukan ‘screen shot’ pada salah satu komen yang dipercayai ditulis Fasha di IG milik adik Jejai dikenali sebagai Azalea. Komen tersebut bagaimanapun telah dipadam Fasha tidak lama kemudian.
komen-fasha-sandha
Screen shot pada salah satu komen yang dipercayai ditulis Fasha di IG milik adik Jejai dikenali sebagai Azalea.
IG Sembang1 (1)
Apapun, SM doakan hubungan Fasha dan Jejai dalam keadaan baik.

Incoming search terms:

  • hubungan fasha dan jejai retak

INI RESPON FASHA SANDHA ISU DIKATAKAN RUMAH TANGGA KINI BERMASALAH? INI RESPON FASHA SANDHA ISU DIKATAKAN RUMAH TANGGA KINI BERMASALAH? Reviewed by Liya Sofea Razali on 10:02:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.