MENGEJUTKAN!!! Faradhiya Tarik Diri Dari Gegar Vaganza 2?


Pada separuh akhir konsert Gegar Vaganza 2 yang lalu, dikatakan Faradhiya nyaris tarik diri kerana masalah vokal. Finalist Gegar Vaganza 2 ini mengakui bahawa dia hampir menarik diri kerana kehilangan vokal secara tiba- tiba pada pagi sebelum pertandingan. – Punca Nabil Ahmad Bawa Penapis Di Pentas Gegar Vaganza 2!
Namun, beliau berubah fikiran apabila mendapat nasihat dari Datuk Ramli MS supaya menurunkan “key” nyanyiannya. Beliau turut menyatakan yang itu adalah penyakit lamanya dan pernah mendapatkan rawatan sebelum ini.
“Semasa ‘reherseal’ suara saya okay, boleh dikatakan 85 peratus pulih. Tetapi pada pagi sebelum berlangsungnya konsert, suara saya tiba-tiba tak keluar dan sakit dibahagian kerongkong.”
“Rasa sakit ini memang dah lama, pelbagai jenis ubat dan hospital pakar telah saya pergi untuk jalani rawatan.”
“Doktor hanya mampu berikan saya ubat yang bersesuaian agar ia pulih seperti biasa. Tetapi apa yang saya pelik ialah, saya tak demam, saya tak batuk dan saya tak selsema.”
“Tetapi saya boleh hilang suara dan tidak mampu menyanyikan lagu ‘Ku Kunci Cintamu Di Dalam Hatimu’ dengan ‘key’ yang bersesuaian sehingga digubah mengikut kemampuan saya.”
Mengenai persiapannya untuk konsert akhir yang diadakan pada minggu depan, beliau mengatakan akan berusaha untuk memulihkan masalah suaranya itu.
“Apa yang berlaku terhadap diri saya, ia juga merisaukan. Jadi saya mohon kepada semua penyokong dan peminat, doakanlah yang terbaik agar sakit saya ini pulih.”
“Usaha tetap diteruskan untuk memberikan persembahan yang terbaik dan seboleh-bolehnya tidak akan menghampakan penonton setia GV2.”
MENGEJUTKAN!!! Faradhiya Tarik Diri Dari Gegar Vaganza 2? MENGEJUTKAN!!! Faradhiya Tarik Diri Dari Gegar Vaganza 2? Reviewed by Liya Sofea Razali on 2:00:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.