MUFTI PERLIS : JADI LAH ULAMAK YANG BERANI..JANGAN HANYA MEMILIH ISU


PETALING JAYA : Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyelar tokoh-tokoh agama di negara ini yang tidak bersuara dalam isu penderitaan rakyat disebabkan kenaikan kos sara hidup.
Sebaliknya, tokoh-tokoh agama itu menasihatkan rakyat supaya ‘jangan pertikai, bersyukur dengan keadaan yang ada’ (berhubung kenaikan kos sara hidup).


Beliau berkata, reaksi yang diberikan tokoh-tokoh agama itu menimbulkan kebimbangan dan pertanyaan apakah sebenarnya hakikat Islam.
Asri atau lebih dikenali Dr Maza membangkitkan isu itu bagi mengulas kontroversi melibatkan cadangan yang dibuat oleh kumpulan bekas pegawai kerajaan yang menggelarkan diri mereka sebagai G25.
Antara cadangan G25 bagi menambah baik pentadbiran Islam di negara ini termasuk memansuhkan hukuman khalwat


Dr Maza berkata, tokoh agama langsung tidak meluahkan kemarahan apabila penyiasat kepentingan awam diganggu dan diambil tindakan.
Tetapi sebalikya, beliau berkata, tokoh-tokoh agama marah apabila pengintip khalwat diganggu.
“Apa yang lebih menarik lagi ialah tidak kelihatan reaksi tegas tokoh-tokoh agama ketika ada pihak menyebut dokumen-dokumen penting sekalipun ada membabitkan kepentingan awam tidak boleh didedahkan.
“Akaun peribadi sekalipun dipersoalkan oleh awam tidak boleh didedahkan. Laporan-laporan siasatan penting kepada awam tidak boleh didedahkan. Sesiapa yang mendedahkan patut diambil tindakan. Tidak pula kedengaran dalil agama membantah hal ini.
“Mungkinkah atas alasan bersangka baik dalam harta awam tapi tidak dalam hal peribadi rakyat yang lemah?,” tegasnya.
Mengulas kenyataan kumpulan G25, Dr Maza berkata, beliau tidak bersetuju dengan beberapa kenyataan kumpulan berkenaan namun kemas kini urusan pentadbiran agama masih perlu dilakukan.
“Isu privacy dan dosa peribadi itu ada asas perbincangan dalam syarak, namun semua pihak hendaklah memahami dengan betul.
“Tidaklah kita boleh bersetuju dengan kenyataan ‘salah seorang’ yang menyebut minum arak itu sesuatu yang tidak wajar dipertikaikan seperti ‘zaman-zaman’ dahulu,” katanya.
MUFTI PERLIS : JADI LAH ULAMAK YANG BERANI..JANGAN HANYA MEMILIH ISU MUFTI PERLIS : JADI LAH ULAMAK YANG BERANI..JANGAN HANYA MEMILIH ISU Reviewed by Liya Sofea Razali on 12:45:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.