UPDATE PEMBUNUHAN WARGA MALAYSIA DI VIETNAM SAYA SELAMAT ALFATIHAH BUAT SAHABATKU AZHAR. RAKAN SEBILIK TAMPIL BERI KETERANGAN.


SEORANG lelaki yang dikehendaki polis susulankes bunuh seorang rakyat Malaysia di bilik hotel Ho Chi Minh pada 28 April lalu, telah tampil untuk membantu siasatan.
Mohamad Zulfaeez Khalid, 31, yang merupakan rakan sebilik kepada mangsa, Mohd Azhar Abdull Wahab, 33, dilaporkan hadir di Balai Polis Chiang Mai pada awal pagi tadi.

Assalamualaikum semua kawan-kawan dan rakyat Malaysia. Saya Mohamad Zulfaeez bin Khalid sekarang berada di Balai Polis Chiang Mai dengan Selamat.
Apa-apa informasi boleh hubungan Mr Roger Dennerley, Forigner police officer in Chiang Mai 66 850 200 100. Sekarang tengah menunggu respond dari Kedutaan Malaysia.
Segala bantuan amat dihargai. Semoga segala urusan dipermudahkan. Al-fatihah buat sahabat aku Mohamad Azhar bin Abdull Wahab @ Are Disorder Up The Punk!! tulisnya di laman Facebook, seperti yang dipetik daripada portalpixelperfext.

Mohd Azhar yang merupakanvokalis kumpulan punk Svatantrata ditemui pada jam 7 malam oleh pekerja hotel yang terpaksa merempuh pintu bilik tersebut selepas mangsa tidak menyahut ketukan dari luar.

Keadaan mangsa dilaporkan mempunyai kesan kelar pada kepala dan bahu, serta terdapat kesan darah pada lantai hotel.
Terdahulu, pihak media tempatan Vietnam mendakwa, Zulfaeez disyakit terlibat dalam kes tersebut berikutan ketiadaannya bersama dengan mangsa.-MYNEWSHUB.CC




Sumber: mynewshub
UPDATE PEMBUNUHAN WARGA MALAYSIA DI VIETNAM SAYA SELAMAT ALFATIHAH BUAT SAHABATKU AZHAR. RAKAN SEBILIK TAMPIL BERI KETERANGAN. UPDATE PEMBUNUHAN WARGA MALAYSIA DI VIETNAM SAYA SELAMAT ALFATIHAH BUAT SAHABATKU AZHAR. RAKAN SEBILIK TAMPIL BERI KETERANGAN. Reviewed by Nia Husna Sabri on 9:31:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.